Sunday, February 6, 2011

Keputusan Manchester United lawan Wolves

Keputusan Manchester United lawan Wolves

Laporan Utusan.
MU tidak lagi kebal

PEMAIN Wolves, George Elokobi (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol pertama pasukannya pada ketika penjaga gol United, Edwin Van der Sar (dua dari kanan) hanya mampu terduduk tidak berdaya. Wolves memberi kekakalahan pertama United musim ini dengan kemenangan 2-1 di Stadium Molineux, England semalam. - AFP

WOLVERHAMPTON - Rekod 29 perlawanan tanpa kalah Manchester United akhirnya dileburkan oleh lawan yang tidak diduga, kelab tercorot Liga Perdana England, Wolves semalam.

Namun, sejurus kalah 2-1 kepada lawan yang telah lama mendiami zon penyingkiran itu, pengurus United, Alex Ferguson pantas melaungkan amaran, pasukannya akan bangkit dan mahu menjadikan musuh berjiran, Manchester City sebagai mangsa kebangkitan.

United yang masih kekal menerajui liga dengan kelebihan empat mata akan berdepan City dalam pertarungan yang disifatkan Ferguson sebagai "perlawanan amat besar" di Old Trafford, Sabtu ini.

Kekalahan kepada Wolves semalam melebur rekod 29 perlawanan tanpa kalah yang dipegang kelab itu sejak April lalu, namun mereka bernasib baik tidak dihambat lebih rapat oleh Arsenal yang turut bernasib malang apabila seri 4-4 dengan Newcastle biarpun mendahului 4-0 kelmarin.

"Ia (menentang City) akan menjadi pertarungan yang hebat dalam usaha kami untuk bangkit daripada kekalahan. Perlawanan yang sangat besar. Kami harus bersiap sedia menghadapinya.

"Malang sekali beberapa pemain utama kami terpaksa terlibat dalam perlawanan antarabangsa pada pertengahan minggu ini, pada saya ia sesuatu yang gila tetapi kami kena menerimanya.

"Kami punya ramai pemain lain yang tidak terlibat dengan perlawanan antarabangsa dan mereka akan bermain hujung minggu ini. Kami perlu mempertimbangkan pemain-pemain yang keluar beraksi (untuk skuad kebangsaan) dalam pertemuan dengan City kerana perlawanan akan berlangsung tengah harii,'' ujar Ferguson.

Ferguson mengakui agak terganggu memikirkan tentang prospek pasukannya untuk mengharungi baki Liga Perdana selepas menyaksikan rekod tanpa kalah lebur kepada pasukan kerdil seperti Wolves di Molineux.

"Sudah tentu kami kecewa. Selepas sekian lama melakukan perkara yang membanggakan, tetapi hari ini (semalam) pada babak kedua, kami gagal mengatasi lawan,'' katanya lagi.

Ferguson percaya, pasukannya membazirkan banyak peluang pada babak pertama dan gagal menyesuaikan diri dengan permukaan padang yang disifatkan sebagai 'sukar' menyebabkan mereka jarang dapat mengancam penjaga gol Wolves, Wayne Hennessey di separuh masa kedua.

Memburukkan lagi keadaan, United kehilangan tonggak pertahanan, Rio Ferdinand yang diketepikan daripada perlawanan semalam akibat kecederaan betis ketika latihan.

Malah dia juga terlepas pertemuan antarabangsa melibatkan England menentang Denmark, pertengahan minggu ini selain mungkin terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Marseille pada 23 Februari.

Dalam perlawanan semalam, Wolves mengharungi hari menakjubkan selepas memperoleh gol kemenangan menerusi pemain pertahanan, George Elokobi dan Kevin Doyle, biarpun United terlebih dulu membuka jaringan hasil rembatan kaki kiri Nani di awal permainan.

United sudah terbayang untuk mencatat kemenangan ke-30, sekali gus mengatasi rekod 29 perlawanan tanpa kalah yang dilakukan mereka ketika merangkul kejuaraan treble pada 1998-1999, sebaik Nani membuka jaringan ketika perlawanan baru tiga minit dimulakan.

Bagaimanapun jaringan itu tidak memberi sebarang tekanan kepada Wolves, sebaliknya tuan rumah semakin agresif dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-10 selepas Elokobi yang tidak dikawal, menanduk kencang menewaskan penjaga gol, Edwin van der Sar.

Wolves menceriakan penyokong mereka apabila Doyle memastikan kemenangan bersejarah dipahat dengan menanduk bola ke penjuru pintu gol United lima minit sebelum tamat babak pertama.

Kemenangan bagaimanapun tidak merubah kedudukan Wolves yang kekal menghuni tangga tercorot liga dengan 24 mata. - AFP

Keputusan Chelsea VS Liverpool Live Liga Perdana Inggeris (English Premier League) 6 Februari 2011. epl

Keputusan Chelsea VS Liverpool Live Liga Perdana Inggeris (English Premier League) 6 Februari 2011. Chelsea 0-1 Liverpool



LATEST UPDATE


Chelsea kalah 0-1 kepada Liverpool dalam 1 perlawanan yang dinanti-natikan peminat kedua pasukan. Gol Liverpool di jaringkan oleh Raul Meireles pada minit ke 69.


Kehadiran bekas pemain Liverpool, Fernando Torres yang beraksi untuk Chelsea menjadi tumpuan pada perlawanan ini tetapi beliau gagal membantu Chelsea untuk menang.



Liverpool terlepas peluang untuk menjaringkan gol awal di separuh masa pertama apabila sepakan Maxi Rodriguez mengenai palang hasil hantaran Steven Gerrard.




Torres di bawa keluar pada minit ke 65 dan Salomon Kalou di bawa masuk untuk merancakkan serangan namun kekebalan benteng Chelsea berjaya menghalang sebarang gol.


Kelibat pemain baru Liverpool, Andy Caroll dan Lius Suarez tidak kelihatan dalam perlawanan ini sebaliknya menggunakan penyerang tunggal, Dirk Kuyt.


Nampaknya minggu ini menyaksikan Manchester United dan Chelsea tewas mengejut manakala Arsenal pula nyaris di malukan, hanya Manchester City dan Liverpool yang menang.



Tags: Liga Perdana Inggeris (English Premier League) 6 Februari 2011, result liverpool vs chelsea, perlawanan Chelsea vs Liverpool, Keputusan Liverpool lawan Chelsea, Siapa Menang Chelsea lawan Liverpool, Review Chelsea vs Liverpool, Berita Chelsea Lawan Liverpool

Tuesday, January 18, 2011

Keputusan Terkini Liga Premier Inggeris EPL

Keputusan Liga Premier Inggeris/ EPL Results

Sun 16th January 2011
Birmingham1-1Aston Villa12:00
Sunderland1-1Newcastle12:00


Liverpool2-2Everton14:05


Tottenham0-0Man Utd16:10


Sat 15th January 2011
Chelsea 2-0 Blackburn15:00


Manchester City 4-3 Wolves15:00


Stoke City 2-0 Bolton15:00


WBA 3-2 Blackpool15:00


Wigan Athletic1-1Fulham15:00


West Ham Utd0-3Arsenal

Keputusan Penuh Piala Asia Di Qatar 2011

Group A
Team GP W D L GF GA +/- Pts
UZBEKISTAN 6 3 7
QATAR 5 2 6
CHINA P.R. 4 4 4
KUWAIT 1 7 -6  0















































#
Date
Match
Venue
Result
1
07 January 2011 19:15
QATAR-UZBEKISTAN
Khalifa Stadium
0:2
2
08 January 2011 16:15
KUWAIT-CHINA P.R.
Al-Gharafa Stadium
0:2
9
12 January 2011 16:15
UZBEKISTAN-KUWAIT
Al-Gharafa Stadium
2:1
10
12 January 2011 19:15
CHINA P.R.-QATAR
Khalifa Stadium
0:2
17
16 January 2011 19:15
QATAR-KUWAIT
Khalifa Stadium
3:0
18
16 January 2011 19:15
CHINA P.R.-UZBEKISTAN
Al-Gharafa Stadium
2:2
Group B

Team GP W D L GF GA +/- Pts
JAPAN 8 2 7
JORDAN 4 2 7
SYRIA 4 5 -1  3
SAUDI ARABIA 1 8 -7  0
#
Date
Match
Venue
Result
3
09 January 2011 16:15
JAPAN-JORDAN
Qatar Sports Club Stadium
1:1
4
09 January 2011 19:15
SAUDI ARABIA-SYRIA
Al-Rayyan Stadium
1:2
11
13 January 2011 16:15
JORDAN-SAUDI ARABIA
Al-Rayyan Stadium
1:0
12
13 January 2011 19:15
SYRIA-JAPAN
Qatar Sports Club Stadium
1:2
19
17 January 2011 16:15
SAUDI ARABIA-JAPAN
Al-Rayyan Stadium
0:5
20
17 January 2011 16:15
JORDAN-SYRIA
Qatar Sports Club Stadium
2:1
Group C

Team GP W D L GF GA +/- Pts
AUSTRALIA 5 1 4
KOREA REPUBLIC 3 2 4
BAHRAIN 6 4 3
INDIA 2 9 -7  0
#
Date
Match
Venue
Result
5
10 January 2011 16:15
INDIA-AUSTRALIA
Al-Sadd Stadium
0:4
6
10 January 2011 19:15
KOREA REPUBLIC-BAHRAIN
Al-Gharafa Stadium
2:1
13
14 January 2011 16:15
AUSTRALIA-KOREA REPUBLIC
Al-Gharafa Stadium
1:1
14
14 January 2011 19:15
BAHRAIN-INDIA
Al-Sadd Stadium
5:2
21
18 January 2011 16:15
KOREA REPUBLIC-INDIA
Al-Gharafa Stadium
22
18 January 2011 16:15
AUSTRALIA-BAHRAIN
Al-Sadd Stadium
Group D

Team GP W D L GF GA +/- Pts
I.R. IRAN 3 1 6
IRAQ 2 2 3
DPR KOREA 0 1 -1  1
UNITED ARAB EMIRATES 0 1 -1  1
#
Date
Match
Venue
Result
7
11 January 2011 16:15
DPR KOREA-UNITED ARAB EMIRATES
Qatar Sports Club Stadium
0:0
8
11 January 2011 19:15
IRAQ-I.R. IRAN
Al-Rayyan Stadium
1:2
15
15 January 2011 16:15
I.R. IRAN-DPR KOREA
Qatar Sports Club Stadium
1:0
16
15 January 2011 19:15
UNITED ARAB EMIRATES-IRAQ
Al-Rayyan Stadium
0:1
23
19 January 2011 19:15
IRAQ-DPR KOREA
Al-Rayyan Stadium
24
19 January 2011 19:15
UNITED ARAB EMIRATES-I.R. IRAN
Qatar Sports Club Stadium
Quarter Finals

#
Date
Match
Venue
Result
25
21 January 2011 16:25
JAPAN-QATAR
Al-Gharafa Stadium
26
21 January 2011 19:25
UZBEKISTAN-JORDAN
Khalifa Stadium
27
22 January 2011 16:25
Winner Group C-Runner Up Group D
Al-Sadd Stadium
28
22 January 2011 19:25
Winner Group D-Runner Up Group C
Qatar Sports Club Stadium
#
Date
Match
Venue
Result
29
25 January 2011 16:25
Winner QF2-Winner QF4
Al-Gharafa Stadium
30
25 January 2011 19:25
Winner QF1-Winner QF3
Khalifa Stadium
#
Date
Match
Venue
Result
31
28 January 2011 18:00
Loser SF1-Loser SF2
Al-Sadd Stadium
#
Date
Match
Venue
Result
32
29 January 2011 18:00
Winner SF1-Winner SF2
Khalifa Stadium

Hafiz Tak Kisah Ditenggelami Populariti Chong Wei

Ditenggelami Populariti Chong Wei, Hafiz Tak Kisah

KUALA LUMPUR: Pemain negara Muhammad Hafiz Hashim tidak pernah terkilan atau terasa hati walaupun ditenggelami populariti pemain peseorangan utama negara Datuk Lee Chong Wei.

Malah, Hafiz, 29, berkata beliau berasa bertuah dapat berlatih bersama-sama pemain nombor satu dunia itu.

"Saya tak kisah semua itu. Kehadiran Chong Wei dalam pasukan menjadi perangsang kepada saya dan pemain lain untuk mengikut jejak langkahnya," katanya kepada Bernama di sini.

Bekas juara All England 2003 itu kini mensasarkan untuk layak separuh akhir Kejohanan Terbuka Malaysia di Stadium Putra, Bukit Jalil, di sini, bermula Selasa.

Beliau akan membuka langkah dengan menentang pemain nombor empat dunia, Chen Long dari China, Rabu ini.

Rekod pertemuan antara kedua pemain itu memihak kepada Chen Long dengan 2-1 malah Hafiz yakin mampu mengatasi pemain berusia 22 tahun itu.

Hafiz, yang menduduki rangking ke-23 dunia, berkata keyakinan itu berdasarkan kelebihan bermain di tempat sendiri.

Sementara itu, Chong Wei akan memulakan cabaran dengan menentang pemain dari pusingan kelayakan manakala Wong Choong Han berdepan dengan pemain Jerman, Marc Zwiebler pada pusingan pertama.

Beregu nombor satu negara Koo Kean Keat/Tan Boon Heong akan memulakan saingan dengan menentang beregu China, Hong Wei/Shen Ye manakala pemain wanita utama negara Wong Mew Choo akan bertemu dengan Lu Lan dari China.

Kejohanan Siri Super bernilai US$400,000 (RM1.28 juta) antara lain turut membariskan juara Olimpik dan juara dunia tiga kali, Lin Dan dari China, juara Olimpik 2004, Taufik Hidayat dari Indonesia. - BERNAMA

Tags:Hafiz Tak Kisah Ditenggelami Populariti Chong Wei

LTDL 2011: Peluang Pelumba Malaysia cipta Kejayaan

LTdL 2011: Kejutan Menanti Pelumba Malaysia

KUALA LUMPUR: Kejutan bakal menanti skuad lebuh raya Malaysia yang bakal berkayuh di Le Tour de Langkawi 2011 (LTdL 2011) bermula 23 Januari hingga 1 Februari ini.

Khabarnya, jurulatih baru dari Australia, Graham Seers sudah memiliki strategi ampuh bagi memastikan pelumba negara yang dijemput bertanding pada kejohanan edisi ke-16 tidak terkulai layu pada pendakian perlumbaan peringkat ke-4 dan ke-5 di Cameron Highlands serta di Genting Highlands.

Namun, keputusan Seers hampir pasti menyaksikan beberapa nama yang awalnya dikatakan calon pasti untuk menganggotai pasukan kebangsaan menjadi korban perubahan percaturan strategi pendakian pada dua puncak gunung tersebut.

“Saya sudah serahkan nama tersebut kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM). Rasanya keputusan tersebut akan diterima oleh persatuan,” katanya.

Jurulatih berusia 53 tahun itu cenderung memilih formula 4 + 2 yang dicanangkan sebelum ini dan lantaran itu, nama tiga pendaki, Amir Mustafa Rusli, Muhammad Rauf Nur Misbah dan Muhammad Nur Rizuan Zainal hampir pasti disenaraikan dalam pasukan kebangsaan Malaysia.

Calon seorang lagi pendaki dikatakan jadi rebutan antara Suhardi Hassan, pemenang jersi putih RTM Jelajah Malaysia 2007 (JM2007) dan Jelajah Malaysia 2008 (JM 2008) dengan Loh Sea Keong yang berkayuh bersama pasukan Marco Polo Cycling Team pada Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL 2010).

Manakala Ahmad Fakrullah Alias, pelumba muda dari Pahang yang dua kali memanjat podium kemenangan di Tour d’Indonesia 2010 (TdI 2010) sudah boleh memasang impian untuk melakukan penampilan pertama dalam sejarah LTdL.

Slot terakhir pula bakal menjadi rebutan antara Zamri Salleh dan Ahmad Fallanie Ali, dua pelumba yang sering menjadi tonggak skuad lebuh raya Malaysia pada Le Tour de Langkawi 2009 (LTdL 2009) dan LTdL 2010.

Dalam pada itu, Presiden PKBM, Abu Samah Abd Wahab berharap semua pelumba yang berlatih bersama Seers menerima keputusan jurulatih tersebut dengan hati terbuka.

“Mereka kena faham bahawa seseorang jurulatih itu mempunyai penilaian dan pandangan tersendiri. andai tak terpilih, jangan patah hati atau merajuk sehingga meninggalkan kem pasukan kebangsaan Malaysia.

“Ingatlah sekali gagal tak bermakna mereka gagal selama-lamanya. Sebaliknya pelumba yang tak terpilih harus berlatih dengan lebih gigih bagi meyakinkan jurulatih baru,” katanya dalam satu kenyataan.

Abu Samah yang juga Naib Presiden Persatuan Berbasikal Asia (ACC) percaya Seers sudah melakukan penilaian dan pemantauan terbaik sejak mula melatih pasukan kebangsaan pada 2 Januari lalu.

Malaysia dan Korea Selatan adalah dua pasukan kebangsaan yang menerima jemputan khas daripada penganjur LTdL 2011 manakala Afrika Selatan sudah pun secara rasmi menolak pelawaan tersebut sebaliknya sekadar menghantar pasukan pro benua.

Kejohanan LTdL 2011 yang berstatus 2HC dalam kalendar Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) dan menawarkan hadiah kemenangan RM1 juta dianjur Kementerian Belia dan Sukan (KBS) PKBM.

Perlumbaan membabitkan sepuluh peringkat dengan jarak keseluruhan 1,315.4 kilometer bakal bermula di Langkawi dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Keputusan Piala Asia

Keputusan Piala Asia

BERIKUT merupakan keputusan Piala Asia:

KUMPULAN D

Iran 1 - 0 Korea Utara

UAE 0 - 1 Iraq

KUMPULAN A

Qatar 3 - 0 Kuwait

China 2 - 2 Uzbekistan


Tags:: Keputusan Piala Asia, Asian Cup Results

Total Pageviews